Jumat, 16 Desember 2011

Cerita Kehidupan

Aku faham, kadang-kadang hidup ini sukar. Kecewa bercinta, dibuang kerja, masalah keluarga - semuanya stress.
Tapi yang aku tak mampu untuk faham, macam mana kau boleh hilang keinginan untuk hidup?
So your boyfriend left you. Kumbang bukan seekor. Dah bukan jodoh kau bersama dia. Mungkin Tuhan temukan kau dengan orang yang hancurkan hati kau, supaya esok bila Dia temukan kau dengan lelaki yang baik, kau tahu menghargainya? Mungkin juga Tuhan mahu kau belajar hidup berdikari. Selama ini kau terlampau mengharapkan teman lelaki, membuat itu dan ini. Kau bukan anak kecil, perlu dijaga dan ditatang. Belajarlah menjadi dewasa.
Kau dibuang kerja. Kegawatan ekonomi, alasan mereka. Come on lah sayang, dunia ini luas. Rezeki itu ada, asalkan kau mahu usaha. Kau hilang pekerjaan tak bermakna kau hilang segala kehidupanmu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mana tahu, kerjaya kau selama ini bukan kerjaya impian. Dulu, cita-cita kau mahu jadi jurugambar, tapi masa tak pernah mengizinkan. Ayat kegemaran kau, “Aku takde masa la.” Sekarang, Tuhan bagi kau masa. Untuk berfikir. Dan untuk tentukan arah tuju hidupmu seterusnya. Kau boleh kerja sambilan, dan masa yang selebihnya kau cari inspirasi. Tapi kalau kau fikirkan segan dan “jatuhlah standard aku”, yang itu aku tak boleh tolong.
Dan kalau kau takut susah, aku tak ada jawapan.
Because they say, nothing of worth ever comes easy.

Kau ada masalah keluarga. Tolonglah bagitau aku, siapa yang tak ada masalah ini? Every family has its own share of secrets. Keluarga yang kau nampak macam the perfect family, tak semestinya perfect. Looks can be deceiving. Aku ada kawan yang sudah bertahun ditinggalkan ibunya. Dia tinggal bersama bapanya, yang pendapatannya pun tak seberapa. Dia anak sulung, pertengahan 20-an. Dia antara orang paling kuat semangat yang aku pernah kenal. She works an 8 to 5 job. Malamnya dia bekerja lain, mengajar tuisyen. Hari minggu juga dia mengajar. Dia juga buat bisnes-bisnes kecilan. Dia tak mengenal penat dan tak pernah segan.
So you tell me, is your life as difficult as hers?
Mungkin kau ada masalah kewangan. Mungkin kau rasa ibu bapa kau tak memahami. Tapi singkatnya pemikiran kau. Kau fikir, alkohol dan dadah itu akan hilangkan kesakitan kau? Mungkin buat semenatara waktu. Tapi kau tak boleh lari dari masalah. Itu cara orang penakut.
Aku percaya, kau kuat. Cuma mungkin kau belum temui kekuatan itu.
Untuk apa kau mahu buang hidup kau kerana orang lain? Orang itu sedang seronok menikmati hidup bersama teman baru, kau di sini menangis meraung. You are stronger than that. Lelaki itu bukan segalanya.
Kau ada keluarga. Mungkin mereka ada cacat cela, tapi kau pun bukannya manusia sempurna. Kau boleh berbincang. Who knows, they might surprise you.
Kau ada teman-teman, tempat bercerita. Selama ini, mereka tak hilang. Cuma mungkin, kau sesat jalan seketika.
Dan kau ada Tuhan. Tempat mengadu, tempat menangis, tempat kau luahkan segalanya.
Kau jangan putus asa. Putus asa dengan hidup, perkara yang paling bahaya.
Senyum, dan lihatlah dunia dengan semangat baru. Pastinya, kau mampu. Menjadi wanita yang kau impikan selama ini, dan lebih lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar